Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai isteri Da’i Farhan iaitu Noorainul Naqim Mohd Radzi atau lebih dikenali sebagai Dr Erin, didakwa atas pertuduhan menipu pelanggan berhubung urusan sijil halal dan KKM bagi produk jamu.

Bermalam dua hari di lokap, Erin berkongsikan pengalamannya yang tidak mungkin boleh dilupakan. Malah, Ering turut menyifatkan ianya seperti berada di neraka dunia.


BACA: Isteri Da’i Farhan Tak Mengaku Salah Dakwaan Tipu Wang RM10,050

Menurut Erin, suasana di dalam lokap seolah menjadi gambaran kepada kehidupan di akhirat kelak sehingga membuatkan dia lebih takut untuk melakukan dosa. Erin mengatakan keadaan di dalam lokap sangat panas dan mereka yang berada disitu tidak tahu sama ada siang atau malam.

“Panas macam dalam ketuhar peluh meleleh 24 jam. Tak ada angin, tak tahu siang atau malam. Bagi yang tak tahu malu, 24 jam berbogel sebab panas dan makan minum berak kencing semua dalam tu je. Jadi tak ada perasaan malu dah.

“Betul lah cerita bila di padang mashyar, semua orang tak kisah bab orang lain dah. Kira diri sendiri je semua orang bogel pun tak ada masa nak tengok dan fikir sebab takut dengan dosa sendiri je masa tu.

“Samalah dalam lokap tu, menunggu bila nama kita akan dipanggil untuk dikeluarkan dari neraka dunia tu untuk dibawa ke syurga,” tulisnya.

Terdahulu, Erin kemudian terpaksa tidur dua malam di dalam lokap ketika ditahan reman bagi siasatan kes dia didakwa menipu wang sebanyak RM10,050 berkaitan sijil halal. Bagaimanapun, Erin mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan semula.