fbpx

Isteri Da’i Farhan Seronok Dijaga Suami Ketika Sakit

Meskipun kontroversi rumah tangga Da’i Farhan masih lagi hangat diperkatakan netizen, namun pendakwah muda itu bersama isteri, Dr Erin tetap tenang meneruskan kehidupan mereka seperti biasa tanpa peduli tentang kecaman dan sindiran netizen.

Baru-baru ini menerusi Instagram, Dr Erin berkongsikan rasa seronok dijaga oleh suaminya ketika sedang sakit. Dr Erin turut meluahkan rasa syukur memiliki suami yang sangat prihatin. Kata Dr Erin, personaliti romantik suaminya terserlah ketika mereka diuji dengan kesakitan.

BACA: Cuci Usus Rahsia Cantik Isteri Da’i Farhan Meski Anak 8 Orang

Malah, Dr Erin berkata suaminya sangat sabar dan menjaganya dengan baik sehingga dimanjakan seperti bayi siap makan bersuap setiap masa.

Romantik rupanya Da’i Farhan, patutlah Dr Erin terpikat. Apa pun kita doakan yang baik-baik sahaja untup pasangan ini dan semoga rumah tangga yang bina kekal bahagia sehingga akhir hayat.