Isteri Da’i Farhan Didakwa Doktor Palsu, Netizen Lapor KKM
Nampaknya kontroversi terpalit Da’i Nik Farhan masih lagi menjadi bualan ramai selepas pendakwah itu mengumumkan berkahwin dengan seorang janda anak lapan kemudian menceraikan isteri pertamanya yang sedang sarat hamil.
Ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan isteri barunya yang dikenali sebagai Dr Erin. Dalam satu temu bual baru-baru ini, Da’i Farhan turut merujuk isteri barunya, Noorainul sebagai ‘doktor’
BACA: Rakan Baik Bekas Isteri Tuntut Da’i Farhan Mohon Maaf
Malah, sebelum ini tular mengenai isteri barunya yang mendakwa seorang pakar neurologi. Bagaimanapun, hasil carian netizen mendakwa nama Dr Erin iaitu Noorainul Naqim Mohd Radzi tidak wujud dalam Medical Medical Council (MMC).
Kesalahan Menyamar/Menggunakan Profesion Kesihatan Di Bawah KKMPihak kami menerima kiriman inbox daripada seorang…
???????? PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN ????? ??????????? 6 ??????? 2019
Menerusi satu perkongsian di Facebook Penolong Pegawai Perubatan, nama Dr Erin tiada dalam data sedangkan semua doktor perubatan bertauliah dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) disenaraikan di situ beserta biodata.
Malah kenyataan itu juga menyebut, ada kemungkinan beliau menyamar atau menyalahgunakan gelaran tersebut yang merupakan satu kesalahan di bawah Undang Undang Malaysia.
Hasil siasatan netizen juga mendapati, terdapat satu akaun Facebook Dr Erin yang kini tidak lagi aktif dimana dia mendakwa dari hasil rawatannya, jumlah virus pesakit HIV telah menurun dengan menghentikan pengambilan ubat hospital.
Dah lah Fake Dr. Lepas tu buat service illegal , suruh patient hiv stop ubat?????
People like this disgust me. Exploiting the vulnerable community.
Report dah buat. Hopefully ada action because it’s against them law to impersonate a doctor. pic.twitter.com/p066RWftcy
— Nimelesh (@HausofHilton) December 6, 2019
Mendakwa dirinya seorang ahli neurologi di Instagram, namun satu keratan akhbar tular mengenainya mempromosikan butiknya yang pada masa itu bakal dilancarkan di Setapak, Kuala Lumpur, beberapa tahun lalu.
Dalam keratan akhbar yang sama, Noorainul mendakwa memiliki Ijazah Pengurusan Perniagaan Universiti Teknologi MARA dan Diploma Kecantikan dan Dandanan Rambut dari London Academy.
Rata-rata netizen tertanya-tanya, bilakah Dr Erin mengambil kursus perubatan untuk menjadi seorang pakar neurologi. Turut tular satu sijil menunjukkan Dr Erin menerima gelaran doktor dari Electronic Medication Council of Malaysia namun pihak yang menandatangani sijil tersebut didapati tidak wujud.
Dalam pada itu, satu lagi yang menjadi perhatian adalah di Instagram Dr Erin menulis di profil bahawa dia mempunyai 8 orang anak, namun di profil Facebook lama miliknya menulis dia ibu kepada 10 orang anak serta memuat naik foto kesemua anaknya.
Pelbagai spekulasi timbul mengenai isteri baru Da’i Farhan, namun setakat ini masih tiada kenyataan lanjut daripada Farhan mahupun Dr Erin mengenai dakwaan doktor palsu.
- SUMBER
- BeautifulNara
Bila ajl 34?
mana satu cerita betul pasal wanita *kaabah* ni? 3 laki anak 8 ke 5 laki anak 10? cerita makin belit mengalahkan citer Kabhi Khushi Kabhie Gham..,,,
semoga perkahwinan ustaz & doktor kekal hingga ke syurga .. #tilljannah #sweetcouple #indahnyabercintaselepaskawin
byknyer cerita
GIGIH tol rakyat M.A.L.A.Y.S.I.A songket psl citer jebauk nie..
Tolong report Vida Gedempol yang pakai title Doctor beli sekali…. Pastu jual supplement kurus la… Putih kulit la…
Report puak puak business kosmetik timbang kilo yang scam orang ramai…
Lavida Coins tu jadik apa??? Last last Jual keropok ikan perisa telur asin brand anak dia….hahahahaha…. Hancing punya scammers.
Bagus kita reveal kan puak puak penipu ni… Zaman Najibon boleh la.
KENAPA ORG BISNES JUAL PRODUK KURUS TAPI DIRI SENDIRI TAK KURUS KURUS JUGA YE….
Ku fikirkan lapan rupanya sepulluhhhhh…kecik2 kesian…padan muka kau daie yg daif…wahkahkah…kaki temberang dgn kaki auta…sepadan
Omakaiii gigi taring dak’aihh panjnag tol
scammers memang pnjang akai. tenguk je alasan “dr” psl keta hitam jadi pink. nombor plat keta dipelesukan agar tak dianggap besi buruk….lagi kau kona baring lagi bodoh cerita kau!! berbohong utk menutup bohong sebelum ni. tak malu ke? diam2 sudah lah!
Kalau dah Graduate PhD pun pakai gelaran Dr. Tapi mangkuk anak 10 ni ada PhD tak?
Aku nak sangat tenguk gomen kita ambil tindakan paling tegas terhadap penyamaq tegar kelulusan akademik. Tapi, ramai jer pak menteri dlm kabinet ijazah palsu. Hahaha…
Dari pada sebuk hal org wahai netizen..baik jaga dlm kain sendiri itu yg terbaik..buat apa sebuk hal org buat tmbh dosa je.
@Aneyda…masuk sini rasa tak dosa ke??? Kau rasa??? 2×5 gak kita semua pendosa…rasa sakit sedara dia ke? Wahkakahkah……
Org dlm kabenet pn guna sijil palsu, apa cite, mgkin skrg zaman org suka guna title palsu, sape tau..
Lololol lah its normal they are human too in malay say gatal in english say lust nympho .. ahhahaahaha how sad. Darul syifa also same some ustaz also gatal. Eewww gross me out.
Sokong sangat…kementerian kesihatan sila cepatkan tindakan perundangan terhadap si minah propa ni…meluat sgt tengok aura si penipu. ..sampah masyarakat
Sokong sangat…kementerian kesihatan sila cepatkan tindakan perundangan terhadap si minah propa ni…meluat sgt tengok aura si penipu. ..sampah masyarakat
Buat ustazah fatin…tak perlu sedih…ada hikmahnya ustazah berpisah dengan dai yg topengkan setan ni. Mulakan hidup baru ngan anak2. InsyaAllah perempuan yg baik utk lelaki yg baik…saya doakan semoga Allah permudahkan ustazah dalam semua hal. Aminnnnn
Buat ustazah fatin…tak perlu sedih…ada hikmahnya ustazah berpisah dengan dai yg topengkan setan ni. Mulakan hidup baru ngan anak2. InsyaAllah perempuan yg baik utk lelaki yg baik…saya doakan semoga Allah permudahkan ustazah dalam semua hal. Aminnnnn