fbpx

“Isteri Baru Macam Vitamin Buat Saya”

Sebelum ini, isteri baru Da’i Farhan iaitu Dr Erin mendedahkan ini merupakan perkahwinan ketiga buatnya. Dr Erin berkata dia tidak menyangka bertemu jodoh dengan pendakwah berkenaan kerana ketika itu sudah mempunyai calon suami lain.

Berkongsi mengenai keperibadian isterinya, Da’i Farhan menyifatkan isteri barunya itu sebagai vitamin untuk dirinya. Menurut Da’i Farhan, isterinya itu sentiasa memberikan motivasi kepadanya dan sentiasa ada disisinya.

BACA: “Low Class Kalau Lelaki Cuma Ada Seorang Isteri”

“Alhamdulillah, dia sangat memberikan rangsangan motivasi kepada saya. Ke mana sahaja saya pergi, dia selalu ada.

“Jadi, saya rasa dia macam vitamin, ada selalu bila dia ada disamping saya. Kami tak ada rahsia, apa sahaja kami akan kongsi, info, isi hati dan pendapat, semuanya kami kongsi. Alhamdulillah, kami sering bertoleransi,” katanya kepada Astro Gempak.

Dalam pada itu, Da’i Farhan menjelaskan dia mempunyai sebab tersendiri menceraikan isteri pertamanya dan sudah tertulis jodoh mereka hanya setakat itu sahaja.

“Setakat itulah jodoh saya dengan dia. Mesti ada sebab kenapa saya ceraikan dia dalam keadaan dia sedemikian. Yang penting kena ingat, perceraian bukan semata-mata menyiksakan wanita. Tapi kita tak tahu dengan perceraian ini beri kebahagian kepada si dia dalam kehidupannya dan saya dan kehidupan saya.

“Sebab itu perceraian dihalalkan dalam Islam kerana bukan semata-mata untuk memberikan sesuatu yang negatif tetapi ada hikmah yang baik selepas itu,” katanya.