fbpx

Isteri Ammar Alfian Selamat Lahirkan Anak Lelaki

Disebalik pergolakkan rumah tangganya kebelakangan ini, Nelissa Nezam akhirnya berkongsi khabar gembira apabila wanita itu telah selamat menimang cahaya mata pertama lelaki yang diberi nama Kyro Shakur.

BACA: “Dia Bercuti Ketika Saya Sakit, Kantoi Mesej Perempuan Lain”

Menerusi Instagram, Nelissa berkongsikan gambar beliau mendukung erat anak sulungnya yang baru dilahirkan pada Rabu malam. Pun begitu tidak kelihatan kelibat suami, Ammar Alfian disisinya.

Di ruangan komen, ramai selebriti meninggalkan komen mengucapkan tahniah buat wanita itu diatas kelahiran anak sulungnya. Bagaimanapun Nelissa belum mendedahkan wajah keseluruhan bayinya lagi.

Terdahulu Nelissa memaklumkan beliau dan suami masih belum bercerai namun sudah tidak tinggal sebumbung lagi. Tambahnya, status rumah tangganya akan dibincangkan selepas beliau bersalin nanti. (rtky/w)