“Dia Bercuti Ketika Saya Sakit, Kantoi Mesej Perempuan Lain”
Nampaknya kemelut rumah tangga Ammar Alfian dan Nelissa Nezam masih belum menemui jalan penyelesaian. Terdahulu, Nelissa mendedahkan dia tidak lagi tinggal sebumbung dengan Ammar namun masih sah suami isteri.
Baru-baru ini, Nelissa meluahkan rasa marah apabila suaminya memuat naik gambar mereka di Instagram. Susulan itu, ramai yang menyangkakan kemelut rumah tangga mereka sudah pun kembali pulih.
BACA: Isteri Ammar Alfian Mengaku Tak Tinggal Sebumbung
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Nelissa menyifatkan tindakan suaminya itu tidak menghormati dirinya serta anak yang sedang dikandung.
Malah, Nelissa mendedahkan Ammar sekali lagi kantoi mesej dengan wanita lain dan tidak mungkin akan kembali kepada suaminya kembali. Nelissa juga mendakwa dia ditinggalkan Ammar ketika dia dimasukkan ke hospital.
“Inilah sebabnya mengapa saya tidak akan dapat kembali bersama dengan sampah ini. Dia tidak menghormati saya atau anak. Curang dengan saya.
“Saya ditinggalkan untuk bercuti semasa saya dimasukkan ke hospital. Tertangkap mesej dengan perempuan lain semasa ‘baby shower’.
“Memuat naik gambar bersama tidak akan membuat saya kembali. Dia kini menggunakannya untuk mendapatkan saya untuk berjumpa dengannya. Saya tidak akan tunduk pada kebohongan dan permainan anda. Jangan ganggu saya lagi,” tulisnya.
Dalam pada itu, Nelissa mengatakan, foto yang dikongsikan oleh Ammar itu diambil hanya sekadar untuk tujuan kenangan anaknya.
“Foto itu diambil beberapa minggu yang lalu sebelum dia pergi bercuti untuk tujuan kenangan untuk anak. Ia juga sebelum dia ditangkap mesej dengan gadis-gadis lain sekali lagi.
“Semua gambar dan video saya yang dia muat naik adalah tanpa persetujuan saya untuk membuat ia kelihatan seperti kami kembali bersama. Kami tidak. Dan tidak akan,” tulisnya lagi.
Sebelum ini Nelissa pernah mendedahkan kecurangan Ammar melalui perbualan di Whatsapp. Tidak menafikan perkara itu, Ammar tampil menjelaskan beliau sudahpun memohon maaf kepada isterinya.
- SUMBER
- Astro Gempak
lawa. mcm angelina jolie. elok lah move on. jika rumahtngga bergaduh je x bagus for kids. jika nk berbaik go back to basic. kembali kepada jln yg lurus.
What you see is what you get. Nk wt cmne yg kwin dgn jantan yg acah2 ustaz pun bole curang, kwin lain. Ni pulak yg terang2 playboy…
dah macam janda sultan aku nengok pompuan ni
alahai kenapalah buka aib sendiri nak semua tahu ke masalah rumah tangga korang, haperlahh
Moral of the story….jantan2 hot jgn perasan bini atau awek ko org tak akan curang sbb ko rasa ko hot stuff..begitu juga dgn betina2,ko jgn rasa ko cantik bak ratu cantik ko punya laki tak main burit lain diluar sbb ko prasan ko lah paling cantik dan laki ko akan sembah burit ko jer tau…ini zaman curang2 tu biasa..kantoi ngan idok jerw.
Bangla mana ni chuolzzzzzz..
Ckp tak nak bersama dah, tp kenapa bergambar macam takde apa2 berlaku je? Kalau aku da tawar hati, takdenye aku bg laki mintak bergambar mcm, paling kurang pun duduk sebelah je senyum hambar.
Tak paham ke? baca betul2 la..
Kan dia kata bergambo tu seblom Ammar travel and kes kantoi mesej ppuan lain