fbpx

Isteri Ammar Alfian Nafi Reka Cerita, Dedah Bukti WhatsApp

Nampaknya, kemelut rumah tangga pelakon Ammar Alfian dan isterinya Nellisa Nezam masih lagi berlarutan.Terdahulu, Nellisa mendakwa suaminya berlaku curang ketika dia sedang sarat hamil enam bulan.

Berikutan dakwaan tersebut, Ammar tampil tampil mempertahankan diri. Menurut Ammar, dia memilih untuk berdiam kerana semua itu sekadar fitnah. Katanya lagi, isterinya turut mengakui kesilapannya kerana memuat naik kenyataan di Instagram.

BACA: “Saya Maafkan Isteri Atas Kenyataan Yang Dibuat”

Bagaimanapun, menerusi Insta Story Nellisa tampil mendedahkan bukti pelbualannya bersama suaminya menunjukkan Ammar mengakui meniduri wanita lain dan memohon maaf kepada isterinya.

Nellisa turut mendakwa Ammar memutar belit permohonan maafnya sehingga menampakkan dirinya seolah mereka cerita tentang kecurangan suaminya itu.

“Saya tidak akan duduk dan berdiam diri ketika si penipu, curang ini memanipulasi dan memberi gambaran seolah-olah saya pula yang menipu. Kamu fikir saya ada masa dan tenaga untuk menuduh suami sendiri curang ketika saya sedang hamil?”

“Mereka bukan bodoh untuk menilai kamu yang pernah ada rekod lampau. Saya tidak terkejut sekalipun dia sudah memperbodohkan saya selam tiga tahun,” katanya.

Dalam pada itu, Nellisa turut menegaskan kenyataannya sebelum ini adalah benar dan bukanlah fitnah. Nelissa juga turut memberi pesanan kepada Ammar berhenti berpura-pura menjadi mangsa keadaan.