fbpx

Isteri Ammar Alfian Mengaku Tak Tinggal Sebumbung

Selepas hampir dua bulan nampaknya rumah tangga Ammar Alfian dan Nelissa Nezam masih belum menemui jalan penyelesaian. Terbaru Nelissa mendedahkan beliau kini sudah tidak tinggal sebumbung dengan Ammar.

BACA: Ammar Alfian Mengaku Curang, Mahu Selamatkan Perkahwinan

Bagaimanapun Nelissa memberitahu, statusnya dengan Ammar masih sah suami isteri biarpun sudah tidak tinggal sebumbung. Jelas Nelissa, mereka akan bebincang mengenai hala tuju perkahwinan mereka selepas bayi lahir.

“Saya rasa semua orang sudah tahu apa yang terjadi diantara kami. Buat masa sekarang saya mahu fokus pada bayi dalam kandungan sahaja. Sekarang ini saya teruja menantikan kelahiran bayi pertama dan tidak mahu memberi tekanan”

“Saya dan Ammar sudah tidak bersama tapi kami masih lagi suami isteri. Cumanya kami tidak tinggal sebumbung sejak isu tersebut sekitar Meli lalu. Saya dan Ammar akan berbincang selepas bayi kami lahir nanti,” jelasnya.

Sebelum ini Nelissa pernah mendedahkan kecurangan Ammar melalui perbualan di Whatsapp. Tidak menafikan perkara itu, Ammar tampil menjelaskan beliau sudahpun memohon maaf kepada isterinya mengenai hal itu. (rtky/w)