fbpx

Ammar Alfian Mengaku Curang, Mahu Selamatkan Perkahwinan

Kisah rumah tangga pelakon Ammar Alfian dan isterinya Nellisa Nezam masih tiada kesudahan. Semalam, Nellisa tampil mendedahkan bukti perbualan menunjukkan Ammar mengakui meniduri wanita lain dan memohon maaf kepadanya.

Terbaru menerusi Instagram, Ammar tampil memohon maaf dan mengakui dia curang. Katanya lagi, membuat pilihan berdiam diri dan mahu menyelesaikan masalah itu namun isterinya mahu memalukannya kepada umum.

BACA: Isteri Ammar Alfian Nafi Reka Cerita, Dedah Bukti WhatsApp

“Saya sudah pun meminta maaf berkali-kali sebelum ini pada isteri saya, tapi ini hukuman yang saya dapat dari dia. Saya redha dan terima kerana ini semua dari Allah.

“Pada semua saya minta maaf. Saya pendosa dan saya percaya Allah akan memaafkan hambaNya yang datang padaNya. Isteri saya yang memilih saya penyelesaian seperti ini. Harap dia berpuas hati setelah motif tercapai,” tulisnya.

Terdahulu, Nellisa mendakwa suaminya berlaku curang ketika dia sedang sarat hamil enam bulan. Bagaimanapun, Ammar memilih untuk berdiam kerana semua itu sekadar fitnah.

Katanya lagi, isterinya turut mengakui kesilapannya kerana memuat naik kenyataan di Instagram. Namun, Nellisa mendakwa Ammar memutar belit permohonan maafnya sehingga menampakkan dirinya seolah mereka cerita tentang kecurangan suaminya itu.