fbpx

Isteri Ammar Alfian Berjaya Khatam Al-Quran Pada Ramadan Terakhir

Isteri pelakon Ammar Alfian iaitu Nelissa Nezam berkongsi berita gembira apabila berjaya khatam Al-Quran sebelum berakhirnya bulan Ramadan. Menurut Nelissa ianya pengalaman bermakna kerana kali terakhir khatam ketika masih muda.

Nelissa berkata dia mula membaca Al-Quran pada hari pertama Ramadan dan berjaya menghabiskan awal pagi tadi. Katanya lagi, pada awalnya dia hanya membaca 20 muka surat sehari dan lama kelamaan meningkat 50 sehari.

BACA: Tiada Peluang Kedua, Isteri Ammar Alfian Nekad Fail Cerai

“Ya, saya mula membaca al-Quran dari hari pertama Ramadan lagi. Pada mulanya, saya hanya menghabiskan 20 muka surat sehari. 10 muka surat dibaca pada waktu pagi, 10 muka surat lagi dibaca pada sebelah malam.

“Bagaimanapun, kemudian lama-lama setiap hari jumlahnya meningkat. Akhirnya saya membaca sehingga 40 hingga 50 muka surat sehari Alhamdulillah, malam tadi saya khatam pada pukul 2 pagi,” katanya kepada Astro Gempak.

https://www.instagram.com/p/CAd1Z6nJXEC/?utm_source=ig_embed

Menerusi Instagram, Nelissa turut berkongsikan kejayaannya itu. Malah, Ramadan tahun ini sangat bermakna kerana anaknya berada disisinya dan luangkan masa bersama keluarga.

Kata Nelissa lagi, dia berharap ianya akan berterusan untuk membaca dan khatam Al-Quran setiap tahun ketika bulan Ramadan.