fbpx

Isteri Along Eyzendy Sanggup Dermakan Buah Pinggang Buat Suami

Umum mengetahui sebelum ini pelakon Along Eyzendy, memaklumkan dirinya menghidap sakit buah pinggang kronik. Malah, Along berkata buah pinggangnya rosak dan hanya 19 peratus berfungsi.

Terbaru, menerusi satu entri di Facebook, Along berkata dia berada di Hospital Selayang sejak lima hari lalu untuk menjalani pembedahan menerima buah pinggang baru yang didermakan oleh isterinya, Hamidah Mohd. Yatim.

BACA: Lama Menyepi, Along Eyzendy Sakit Buah Pinggang Kronik

Along turut memberitahu dia dan isteri akan menjalani pembedahan pagi ini serta mengharapkan doa daripada orang ramai agar pembedahan berjalan dengan lancar.

Kata pelakon berusia 42 tahun itu, isterinya kelihatan lebih tenang berbanding dia kerana pernah menjalani pembedahan melahirkan anak sebanyak tiga kali sebelum ini.

Di akhir perkongsian itu, Along turut meluahkan rasa syukur tidak terhingga kerana dikurniakan isteri yang setia dan sanggup berkorban dengan mendermakan sebelah buah pinggangnya.

“Isteri lebih kuat lebih cekal Dan lebih positif. Kalau tak dia tidak akan ambil keputusan yang sangat besar dengan mendermakan sebelah buah pinggangnya pada aku. Suatu keputusan yang belum tentu semua orang mampu untuk melakukannya. Termasuk aku.

“Aku sangat bertuah Alhamdullilah… Mohon kalian doakan keselamatan kami berdua menghadapi ujian ini,” tulisnya.