fbpx

Isteri Aliff Syukri Syukur Suaminya Bukan PU, Da’i

Kontroversi perkahwinan seorang pendakwah muda terus menjadi bualan ramai apabila. Malah, pelbagai parodi dan lagu sindiran mengenai kenyataan 18 dan 19 Da’i itu hangat diperkatakan di media sosial.

Isu itu juga turut mendapat perhatian isteri kepada jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Nur Shahida yang meluahkan rasa syukur suaminya bukan dikalangan peserta program realiti Pencetus Ummah (PU) atau Da’i.

BACA: Tiada Hadiah Untuk Ameena, Netizen Persoal Aliff Syukri & Isteri

“Saya bersyukur walaupun suami saya seorang yang ‘ting tong’ tapi dia bukan seorang PU ataupun da’i, Alhamdulillah… kerana tiada godaan 18 kali…,” katanya.

Menerusi video tersebut, Aliff Syukri bertanyakan pendapat isterinya sekiranya dia mahu menyertai program realiti seumpama itu. Bagaimanapun, ianya terus ditolak oleh isterinya mentah-mentah.

“Jadi Aliff Syukri yang baik dan tak tinggal solat dan tak perlu nak jadi da’i atau PU pun,” kata Shahida.

Menerusi ruangan komen video yang dikongsikan di YouTube itu, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat pasangan itu.

Sebelum ini, kisah rumah tangga juara program realiti Da’i musim kedua hangat diperkatakan selepas mengahwini janda anak lapan di kota suci Mekah.