Disebalik kemeriahan sambutan Aidilfitri pada tahun ini, tahniah diucapkan kepada Alif Satar yang bakal menimang cahaya mata kedua mereka. Berita gembira itu telah disampaikan oleh Alif sendiri di laman sosial Instagram beliau berserta kepsyen yang begitu romantis disamping memuat naik gambar dirinya bersama anak perempuan pertamanya, Alisha.
BACA: Jaga Hati Isteri Alif Satar, Siti Nordiana Elak Bersentuhan
Didalam posting yang dimuat naik itu, beliau turut memohon doa dari semua peminatnya supaya segala perancangan dan urusan dalam menantikan kehadiran bayi kedua mereka akan berjalan dengan lancar serta dipermudahkan. Pada masa yang sama beliau turut berterima kasih kepada peminat yang tidak henti mendoakan rezeki mereka sekeluarga.
Menerusi perkongsian itu, rata-rata ramai yang meluahkan rasa gembira dengan berita yang disampaikan. Ramai juga yang tidak sabar menantikan wajah isteri Aliff ketika mengandung yang pastinya akan bertambah berseri. Malah, akaun sosial pelakon Dia Semanis Honey itu juga turut dihujani dengan ucapan tahniah daripada semua peminat.
Apapun, tahniah sekali lagi diucapkan kepada Alif Satar dan isteri yang bakal menimanga cahya mata kedua mereka nanti selepas mendirikan rumah tangga pada tahun 2014. Semoga Alif dan isteri akan diberikan kesihatan yang baik semasa hamil dan diharap segala perancangan serta urusan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan olehNya. (rkty/w)