Isteri Afiq Muiz Tuntut Cerai Secara Fasakh, Dua Tahun Digantung Tak Bertali
Isteri kepada pelakon Afiq Muiz iaitu Pachara Apin membuat permohonan tuntutan fasakh terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Subang Bestari pagi tadi.
Memetik Harian Metro, Pachara atau Nur Aaira Mahdeya hadir sendirian dengan mengenakan jubah hitam dan pelitup muka.
BACA: Isteri Dakwa Dipukul Sampai Patah Kaki & Jari, Afiq Muiz Buat Laporan Polis
Menurut Pachara, Afiq mengetahui mengenai tuntutan cerai secara fasakh hari ini namun dikatakan enggan memberikan kerjasama.
“Afiq tidak beri kerjasama langsung. Dia tahu mengenai tuntutan cerai fasakh pada hari ini tetapi enggan memberi kerjasama,” katanya.
Diminta mengulas mengenai dakwaan dipukul Afiq seperti yang dinyatakan di Facebook dan TikTok tahun lalu, Pachara tetap mempertahankan kenyataannya itu serta mengatakan ianya bukan bukan fitnah seperti didakwa suaminya.
“Apa yang saya nak beritahu, sebelum ini dia (Afiq) ada buat laporan polis yang mengatakan saya fitnah tapi saya tak fitnah.
“Mengenai bukti, saya rasa semua orang dah nampak. Pada masa sama kita sedang berpuasa. Lagipun sebelum ini hanya saya saja yang banyak bercakap dan masyarakat pun dah nampak bukti-bukti ini. Kita tunggulah bicara terakhir pada 6 April ini,” katanya.
Sementara itu, peguam yang mewakili Pachara iaitu Suriati Ab Ghani berkata sebelum ini pihaknya sudah memfailkan cerai secara baik pada Ogos tahun lalu namun Afiq gagal dihubungi. Tambahnya, Pachara juga tidak menerima nafkah dan digantung tidak bertali sejak Julai 2021 sehingga kini.
“Dia gantung tidak bertali sejak Julai 2021 sehingga sekarang dan memang dia sudah tinggalkan Pachara,” katanya.
Terdahulu, Afiq dan Pachara berkahwin pada 27 Mac 2019 selepas setahun berkenalan di set penggambaran drama Air Mata Syurga.
- SUMBER
- Harian Metro
Tak payah tergesa-gesa nak kahwin, dapat anak lah. Sebelum lebih pasti dengan pasangan. Elok tinggal bersama dulu walaupun orang kata berdosa apa. Kalau cerai-berai, dengan ada anak-anak ni elok ke?
Lelaki – kalau tak tahan sangat, pergi langgan pelacur aje lah. Kalau mahal pun, sekali bayar aje. Tak ada ikatan. Kalau suka, boleh repeat. Sama-sama senang.
Atau, berbaik dan tolong janda-janda. Ada beberapa yang saya tolong. Mereka suka, saya pun suka.
“Keeping Up with Daud Kardashian”
Heran… Bt apala d simpan klau dah xsuka? Knp perlu gantung xbtali? Motif? Nampak sgt dendam
Daud. Kardashian…
Liberal detected
saya pun tak paham kes ini,
real story:
sedara saya lelaki, wife dia (sekarang ex wife)
minta cerai.
makhamah panggil tiga kali, sedara saya tetap tak pergi,
terus jatuh talak.
tapi kes ini,
mungkin tak sama la kot ye.
jantan keparat
another lelaki ego…