fbpx

Baru-baru ini, hangat diperkatakan apabila isteri kepada pelakon Afiq Muiz iaitu Pachara Apin memuat naik kenyataan di aplikasi TikTok mendakwa pelakon itu pernah mematahkan kaki dan juga jarinya.

Susulan tuduhan berkenaan, Afiq enggan berdiam diri dan tampil membuat laporan polis. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Afiq berkata dia akan mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan namanya.

BACA: Afiq Muiz Tarik Aishah Azman Ketika Ditemu Bual Isu Putus Tunang?

“Assalamualaikum, laporan polis sudah dibuat. Tunggu tindakan seterusnya dari peguam kami atas fitnah-fitnah yang telah dilemparkan,” tulisnya.

Dalam pada itu, menerusi satu perkongsian di Facebook, Panchara dilihat ada memuat naik beberapa bukti menjadi mangsa pukul serta laporan polis yang dibuat.

Sementara itu, adik kepada aktor itu iaitu aktres Aishah Azman juga dilihat turut memuat naik kenyataan mengenai kakak iparnya mendakwa wanita itu yang mencederakan dirinya sendiri.

Untuk rekod, Afiq dan Pachara mendirikan rumah tangga pada tahun 2019.