Kerana Hanez Suraya telah menerima beberapa ugutan dari pelbagai pihak ekoran kontroversi cintanya, Istana Budaya telah bersedia untuk melakukan kawalan ketat dan menyediakan polis berpakaian biasa sepanjang pementasan teater Projek Kahwin nanti.

Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani menjelaskan tindakan itu diambil sebagai langkah berjaga jaga terhadap beberapa ugutan yang diterima Hanez Suraya yang dibuat oleh segelintir individu selepas dikatakan merampas suami orang.


BACA: Hanez Suraya Dakwa Hubungan Dengan Romie Dapat Restu Keluarga, Tiada Halangan

“Kami buat keputusan untuk kekalkan Hanez Suraya dan bersedia berhadapan dengan sebarang kemungkinan. Bagaimanapun, kita akan tingkatkan kawalan keselamatan jika perlu selepas ada ugutan yang boleh menjejaskan keselamatan pelakon dan penonton sepanjang pementasan”

Laporan mStar Online juga menyebut yang teater Projek Kahwin akan mengekalkan Hanez Suraya untuk empat hari pementasan iaitu 11 hingga 14 Jun, sementara enam hari pementasan awal iaitu pada 6 hingga 10 Jun akan dilakonkan oleh Kilafairy.


“Hanez ada menyatakan hasrat untuk menarik diri selepas kontroversi tersebut, namun apabila perbincangan dilakukan kami bersetuju untuk kekalkan dia dan menambah pelakon baru iaitu Kilafairy,” jelas penerbit teater itu, Shawn Amer. (rtky/m)