fbpx

Ismail Izzani ‘Kantoi’ Curang Enam Kali?

Hubungan cinta yang dibina bersama kekasih sejak dua tahun lalu putus di tengah jalan apabila penyanyi Ismail Izzani memaklumkan sudah pun berpisah dengan Shalma Eliana.

Mengakui pernah melakukan kesilapan, Ismail berkata dia dan bekas kekasih memilih untuk membawa haluan masing-masing serta fokus pada kerjaya.

BACA: Putus Dengan Kekasih, Ismail Izzani Buang Cincin Berlian Dalam Sungai

“Saya mempunyai banyak perkara yang ingin diterokai. Lagipun, banyak benda berlaku, jadi saya memerlukan ruang untuk mencari diri sendiri.

“Saya mengakui pernah melakukan kesilapan. Saya memburukkan keadaan, namun, saya tidak mahu cakap saya kini belajar dari kesilapan. Ketika ini, saya mahu fokus kepada diri sendiri, keluarga dan orang sekeliling yang banyak memberikan semangat,” katanya.

Diasak pertanyaan adakah curang menyebabkan perpisahan tersebut, Ismail berkata soal curang letak ke tepi, punca utama mereka masih terlalu muda.

“Saya gembira melihat Shalma kini menjadi lebih positif dan banyak meluangkan masa bersama keluarga serta melakukan aktiviti bersama rakan-rakannya. Setakat ini, saya tidak nampak jalan untuk kembali ke pangkuan Shalma.

“Selagi belum bersedia, saya tidak akan kembali pada Shalma. Lagipun, saya penat membuktikan saya tidak mahu mengulangi kesilapan lagi,” katanya.