fbpx

Ismail Izzani Beli Kereta Mewah Pada Usia 19 Tahun

Bertuah badan jika umur semuda 19 tahun seperti Ismail Izzani sudah mampu memiliki kereta mewah Mercedes Benz CLA 200. Begitulah perkongsian Ismail di laman sosialnya yang baru saja membeli kereta mewah itu.

BACA: Ismail Izzani Dedah Ada Peminat Ajak Ke Hotel

Melalui laman Instagram, Ismail seolah memberikan bayangan bahawa beliau telah membeli kereta mewah itu dengan nada bergurau bertanyakan peminat untuk membawa berjalan dengan kereta mewah itu.

Malah menerusi portal hiburan lain pula memaparkan penyanyi muda sempat memuat naik video ketika menguji pandu kereta mewah berkenaan sebelum membelinya. Untungnya semuda itu sudah memiliki kereta mewah!

Bagaimanapun di ruangan komen, pelbagai reaksi timbul melihat Ismail yang masih muda sudah membeli kereta mahal. Ada juga yang sempat memerli status Ismail sebagai anak orang kaya.

Apapun tahniah diucapkan kepada Ismail yang mampu membeli kereta mewah pada usia yang masih muda. Semoga ia dapat menjadi semangat buat Ismail untuk terus berkerja keras di masa akan datang! (rtky/w)