fbpx

Ismail Izzani Dedah Ada Peminat Ajak Ke Hotel

Populariti Ismail Izzani di kalangan generasi muda memnag tidak disangkal lagi, terutama di kalangan pelajar sekolah. Kongsi Ismail ada peminat fanatik yang sanggup menempah hotel untuk bertemunya secara dekat.

BACA: Tidak Ambil SPM, Ismail Izzani Nafi Pelajaran Tak Penting

“Dia beritahu tidak kisah bayar berapa banyak kepada pihak pengurusan asalkan dapat bertemu dengan saya. Malah, ada sanggup menempah hotel untuk saya menginap supaya dapat meluangkan masa bersama”

“Sebenarnya, saya tidak kisah meluangkan masa bersama peminat, cuma masa selalu tidak mengizinkan. Ini kerana ramai peminat dalam kalangan pelajar sekolah, jadi saya perlu mencari masa bersesuaian,” katanya.

Tambahnya lagi, kegigihan peminat terbabit hingga sanggup menghubungi pegawai perhubungan awam syarikat pengurusannya. Bagaimanapun Ismail memberitahu beliau menolak permintaan mereka dengan baik.

Begitulah cabaran menjadi anak seni, lebih-lebih lagi yang masih muda dan bujang. Nasib baik Ismail menolaknya dengan baik, jangan jadikan kontroversi sebelum ini sebagai sia-sia. (rtky/w)