Bekas penyampai radio, Ismahalil Hamzah meraung menangis dan sujud syukur selepas dilepas dan dibebaskan daripada hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis dua tahun lalu.
Memetik Harian Metro, Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin menjatuhkan hukuman itu terhadap bekas DJ itu selepas pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaannya.
Sementara itu, mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan dadah dalam beg itu milik tertuduh manakala bilik dadah itu ditemui boleh diakses ramai orang.
Mengikut pertuduhan, Ismahalil didakwa mengedar kanabis seberat 374.6 gram di rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju, 5.35 petang 27 Ogos 2021.
Pendakwaan mengikut Seksyen 39B(1)(A) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.