fbpx

Aliff Syukri Geram Dikecam Bagi Job Dekat Ira Kazar Jadi Model Tudung

Usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri geram apabila dikecam kerana mengambil isteri kepada Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar sebagai model jenama tudungnya.

Memetik mStar Online, Aliff meminta netizen memandang daripada sudut positif. Sebelum ini dia pernah mengambil artis ternama sebagai model namun tidak pernah menjadi bualan ramai.

BACA: Ira Kazar Catat Carian Tertinggi Di Google 

Menurutnya lagi, selama ini dia membayar Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan zakat sehingga mencecah puluhan juta ringgit namun tiada pula yang memuji.

“Inilah orang Melayu benda baik tak nak pandang, benda buruk sahaja pandang, saya bayar LHDN dan zakat puluh juta, ada orang pandang?

“Sebab itu saya nasihatkan jangan lihat perkara ini dari sisi negatif, kalau saya tak ambil artis atau individu buruk tu mereka tiada pekerjaan dan buat perkara bukan-bukan macam mana?

“Bukan saya suruh mereka selak kain, saya suruh jadi model… apa masalah netizen,” katanya.

Tambahnya lagi, dia turut mengambil Puteri Sarah sebagai model dan apa yang berlaku antara Ira dengan Syamsul adalah peribadi mereka dan dia hanya menjalankan perniagaan.

Tegasnya lagi, dia bekerjasama dengan selebriti seperti Erra Fazira, Fasha Sandha dan Wak Doyok namun tidak pula ditularkan oleh netizen.

“Jangan kata saya guna bad marketing. Habis saya ambil Erra Fazira, Fasha Sandha taknak pulak kau viralkan,” katanya.