Dituduh Psiko & Meroyan, Iqram Dinzly Menangis Teresak-Esak
Sejak semalam hangat diperkatakan apabila pelakon Mona Allen yang meluahkan rasa marah apabila dicekik terlalu kuat oleh rakan gandingannya, Iqram Dinzly ketika melakonkan babak aksi.
Bagaimanapun, Iqram dilihat ada memuat naik video di Insta Story miliknya meluahkan rasa tertekan dipercayai berhubung isu berkenaan.
BACA: Mona Allen Berang Kena Cekik Betul-Betul Dengan Iqram Dinzly
Menerusi video tersebut, pelakon berusia 41 tahun itu menangis teresak-esak serta menyifatkan apa yang berlaku adalah dugaan berat buatnya.
Malah, Iqram turut memerlukan kehadiran bapanya, Allahyarham Muhammad Saipuddin yang telah meninggal dunia lima tahun lalu.
“Stress dowh setiap hari aku nak mulakan kebaikan pasti ada ujian dugaan yang aku rasa terlalu beban untuk aku tempuhi. Papa I need you!
“Ya Allah, kenapa Kau selalu biarkan diri ini selalu dalam tergantung sepi. Rasa macam nak tergantung dengan tali. Allahuakbar,” tulisnya.
Dalam pada itu, Iqram turut berkongsikan beberapa paparan skrin daripada portal mengenai isu berkenaan. Iqram turut berkata dia reda di atas apa yang berlaku.
Terdahulu, tular video babak Iqram mencekik Mona menerusi drama Hati Yang Dikhianati. Mona berkata Iqram tetap mengulangi perbuatannya itu walaupun sudah beberapa kali ditegur.
“Bila orang suruh berlakon, berlakon je lah. Tak payah buat betul-betul. Method sangat. Lepas ni jangan harap nak ada babak bersama.
“Kau punya meroyan sama macam dalam live. Ingatkan dah tak psiko, rupanya memang sejak azali. Bukan sekali dua babak dia cekik saya. Setiap kali mesti sakit. Dah cakap elok-elok tak mahu dengar,” tulis Mona.
Siannya awak.
Harap family member dia tlg..siblings ke, uncle, auntie
Jauhi lah dunia hiburan dan social media. Racun tu semua
Berniaga je, jgn jd pekerja. Susah kot klu awak nk kerja dgn orang
Siannya awak.
Harap family member dia tlg..siblings ke, uncle, auntie
Jauhi lah dunia hiburan dan social media. Racun tu semua
Berniaga je, jgn jd pekerja. Susah kot klu awak nk kerja dgn orang..
Kesian iqram,
Sy doakan awak..semoga Allah permudahkan urusan awak, takmo sedih, jgn fikir byk byk ok.
Yg selebihnya awak yg kne ubah agar jd yg terbaik.
nak tali ke?
Walau xde bahu utk bersandar…pasti ada dahi utk bersujud atas sejadah…cari ALLAH sebaik tmpt utk mengadu…
Rk, tlg la buang artikel ni.
Iqram mmg dah memalulan diri sendiri, mendedahkan depression dia di IG, tp RK tlg sebarkan lg saat2 depression orang dan moment menangis yg mengaibkan ni, aku rasa sgt la x patut
Jaga la sikit aib orang, wpun org tu sendiri dedahkan, tp ia di channel lain. Jgn la tumpang generate view dati artikel ni. Kesian dia. X sampai hati tgk.
Rk, tlg la buang artikel ni.
Iqram mmg dah memalulan diri sendiri, mendedahkan depression dia di IG, tp RK tlg sebarkan lg saat2 depression orang dan moment menangis yg mengaibkan ni, aku rasa sgt la x patut
Jaga la sikit aib orang, wpun org tu sendiri dedahkan, tp ia di channel lain. Jgn la tumpang generate view dati artikel ni. Kesian dia. X sampai hati tgk. .
Kesianyer…apa nak buat cubaan hidup dia…Semoga Allah memberi kekuatan buatnya, bersabar dan bertemu insan yg baik yg boleh guide dirinya…Aamiin.
Org gila pon pndai stress eek?
Teruknya rupa si iqram ni..knp ek dia jd camni..takut aku tgk dia
Iqram. Abang nasihat Iqram jumpa psikiatri
. Rawat mental health. Iqram tak salah. Iqram sakit. Rawat Iqram. Jangan biar.
@[email protected]£…jgn macam tu, kau yg tak mereng pun comment mcm org mereng? Kau & @Intan sama org?
semoga Allah mudahkan urusan iqram.. aku x faham lah kalau berlakon betul2 org xnak.. tp FAKE tahap kejung kayu dgn modal muka ensem cantik boleh pulak on air kt tv?! tahap tu je standard malaysia, tgk la indo punya movie gila bapak best layan