fbpx

Iqram Dinzly Didakwa Dah Nikah, Majlis Resepsi Bulan 9 Di Kelantan?

Tiada angin tiada ribut, pelakon Iqram Dinzly didakwa sudah bernikah dengan seorang ahli perniagaan dari Kelantan.

Perkara tersebut dikongsikan oleh pelakon Shah Iskandar di Insta Story miliknya. Dakwa Shah, dia mengesahkan Iqram sudah bernikah.

BACA: Iqram Dinzly Teringin Nak Kahwin, Cari Wanita Yang Boleh Membimbing

Shah turut mendakwa majlis resepsi pasangan itu bakal diadakan bulan September depan di Kelantan.

“Confirm guys. Nikah dah, resepsi bulan sembilan dekat Kelantan. Untunglah Mek Kelantan ahli perniagaan tu. Kita doakan yang baik-baik guys,” tulis Shah Iskandar.

Sementara itu, dalam satu perkongsian di Instagram, Iqram dilihat ada memuat naik gambarnya mengenakan baju melayu serta sebentuk cincin. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by I ? Ð I N Z L Y (@iqdinzlyofficial)

Iqram juga menulis kapsyen berbunyi, “Sebelum degap degup dada. Walaupun detik detik terakhir pelbagai cobaannya. Selepasnya.. Lega. Alhamdulillaah.. sah”

Perkongsian Iqram itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan rakan artis yang meluahkan rasa syukur serta mengucapkan tahniah buat aktor berkenaan.

Bagaimanapun, setakat ini masih tiada kenyataan atau pengesahan daripada Iqram sendiri mengenai dakwaan berkenaan.

SUMBER: Oh Bulan