fbpx

Iqram Dinzly Teringin Nak Kahwin, Cari Wanita Yang Boleh Membimbing

Pelakon Iqram Dinzly berkata dia mengaku teringin untuk mendirikan rumah tangga selepas melihat rakan-rakan dalam industri kini sudah berkeluarga.

Memetik Harian Metro, Iqram berkata dia juga berharap dikurniakan zuriat yang mampu menyambung legasi dirinya.

BACA: Fara Salleh Minta Iqram Dinzly Jangan Sibuk

“Saya nak tengok zuriat saya, lagi-lagi bila saya tengok rakan-rakan selebriti seperti Rozita Che Wan, Awal Ashaari dan ramai lagi sudah ada anak.

“Bila saya tengok mereka mempunyai warisan dan legasi, saya juga nak lihat kesinambungan legasi saya sendiri,” katanya.

Usia kini sudah mencecah 43 tahun, Iqram berkata dia masih tidak mencari pasangan hidup kerana memikirkan kebahagiaan ibunya terlebih dahulu.

“Saya cakap terus terang, dalam hati saya buat masa ini hanya mama (ibu) saja yang ada dalam fikirkan. Selama ini saya rasa tak mampu nak bahagiakan dia. Jadi bagi ruang kepada saya untuk fikirkan kebahagiaan mama dulu, baru fikirkan berkenaan isteri dan anak-anak,” katanya.

Apabila ditanya mengenai wanita idaman, Iqram berkata dia tidak mencari kesempurnaan sebaliknya pasangan yang boleh membimbing serta bersama-sama belajar mendalami agama.

“Saya tidak sempurna, jadi kena cari orang yang boleh membimbing saya yang nakal ini. Tapi kalau nak dibandingkan dengan diri saya yang dulu, itu lagi teruk.

“Untuk mencari, saya hanya serahkan kepada Allah sebab saya bukan baik mana pun, cuma saya nak seseorang yang boleh sama-sama belajar ilmu Islam,” katanya.

SUMBER: Harian Metro