Iqbal Zulkefli Beli Banglo RM5 Juta Di Kawasan Elit
Usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli sanggup berhabis dengan membeli sebuah banglo mewah RM5 juta yang terletak di Bangsar, Kuala Lumpur demi kehidupan yang selesa.
Memetik mStar Online, Iqbal berkata dia memilih rumah di lokasi tersebut kerana berhampiran dengan ibu kota serta memudahkan urusannya.
BACA: Iqbal Zulkefli Kongsi Tip Jaga Seluar Dalam?
“Sebelum ini rumah saya di Kajang, lokasinya agak jauh dengan Kuala Lumpur, jadi bila ada urusan di luar, memakan masa lama untuk sampai ke lokasi.
“Sekarang ini rasanya lebih mudah tinggal di tengah-tengah bandar. Rumah ini bukan sahaja untuk tempat tinggal tetapi boleh dijadikan pejabat untuk saya bekerja,” katanya.
Menurut Iqbal lagi, urusan jual beli rumah berkenaan mengambil masa sebulan dan bakal perpindah pada Ogos depan. Kataya lagi, sebelum berpidah dia akan melakukan pengubahsuaian mengikut citarasanya sendiri serta akan membeli perabot baru.
“Dapat rumah baharu mestilah saya juga mahu perabot baharu. Perabot lama ada yang akan saya bagi kepada orang lain dan jual semula dengan harga lebih murah.
“Selain siapkan bilik untuk anak, saya juga akan buat rumah untuk kucing-kucing saya nanti. Rasanya jumlah keseluruhan untuk pindah rumah ini tidak kurang daripada RM7 juta,” katanya.
Dalam pada itu, Iqbal juga berharap rumah baru yang dibelinya itu dapat dimanfaatkan kepada orang lain seperti mengadakan majlis agama dengan menjemput pelajar tahfiz atau anak yatim.
“Selepas ini mudahlah untuk saya adakan majlis kerana boleh jemput orang ramai. Saya juga boleh adakan majlis agama dengan menjemput anak pelajar tahfiz atau anak yatim. Memiliki rumah yang lebih besar dan selesa ini, saya boleh berkongsi rezeki dengan ramai orang,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Ala duit bnyk beli kondo, beli jam, beli keta tu semua standard laa xde nk jakun. Mmg sejak awal jaman org kenal skim direct selling, mlm lg tu laa propa diorg nk tnjk “pencapaian”, “kejayaan” mrk. Supaya downline semua keje kuat buat sales lg
Jual apa dia ni? Sampai sekarang aku tak tahu apa benda dia buat. Kalau Vida, Sajat, Kak KM tu nampak la jugak products.
Kata pindah Indon…dah balik ke?
Sapa mangkok ni ya .. pelakon ?penyanyi ? Asyik cerita ala ala scammer saja . Ni anak hasil tinjuk ajar itik gempal tu ke ??
@Feldegast, mamat nie jual angin, free je tak perlu modal. Pasal beli rumah RM5 juta tu boleh tak screenshot latest LHDN returns supaya netizen tidak sangsi ngan pendapatan ko. Kalu ko buat loan pun bank nak tengok jugak dokumen yg sama. Kpd yg nak komen nape pulak mesti screenshot info peribadi, jawapannya jgn bagitahu 1malaya ko nak beli rumah RM5juta tak kiralah nak bukak kelas tahfiz ke, nak buat madrassah ke atau nak buat dewan makan utk org miskin.
Main juta² x nk kalah