Iqbal Zulkefli Kongsi Tip Jaga Seluar Dalam?
Meskipun sering dikecam oleh netizen, namun ia seolah tidak memberi kesan kepada usahawan sensasi Iqbal Zulkefli yang dilihat sudah lali dengan perkara itu.
Memetik Kosmo, baru-baru ini Iqbal menjawab persoalan netizen yang bertanyakan tentang seluar dalam menerusi soal jawab di Instagram.
BACA: Iqbal Zulkefli Menangis Tengah Malam Fikir Pasal Jodoh
View this post on Instagram
Menurut Iqbal, sebelum ini dia pernah berkira mengenai soal pemakaian tersebut, namun kini dia membeli banyak seluar dalam kerana mementingkan kebersihan.
“Minta maaf saya nak jawab soalan ini dengan serius. Saya beli banyak supaya boleh tukar dua hingga tiga helai sehari.
“Dahulu sewaktu tidak mampu, saya sangat berkira dan fikir ‘sudahlah mahal, bukannya orang nampak’. Sedangkan seluar dalam lebih penting daripada pakaian lain. Jaga kebersihan, jangan pakai yang sudah koyak. Seolah-olah kita tak jaga kebersihan,” kongsinya.
Terdahulu, Iqbal mengakui tertekan memikirkan soal jodoh sehinggakan menangis tengah malam serta meminta untuk mendoakannya agar segera bertemu jodoh.
- SUMBER
- Kosmo!
Peh mcm mat daud kilau laa ko posing kahkahkah…
What? You marinate your undie with budu? You must be kidding.
Pasal spender pun nak cerita. Dah takde idea untuk content socmed lah tu
dah2 la keluar cite si slenge ni sapa dia ni?
Fantastic