fbpx

Iqbal Dedah Cik B Dah Restu Perkahwinan Dengan DSV

Nampaknya masih tiada kesudahan lagi mengenai kisah cinta usahawan terkenal, Datuk Seri Vida bersama bekas peribadinya, Ahmad Iqbal yang sebelum ini tidak dipersetujui oleh anak-anaknya iaitu Cik B dan Kacak.

Terbaru, menerusi satu perkongsian di Insta Story, Iqbal memuat naik paparam mesej memaparkan Kacak telah memohon maaf kepadanya di atas kenyataan dikeluarkan sebelum ini.

BACA: Kacak Geleng Kepala Dengar Iqbal Asyik Sembang Juta-Juta

Dalam mesej tersebut, Kacak mengakui kesal dengan kesilapannya serta berharap Iqbal memaafkan dirinya akibat terlanjur kata sehingga menyakitkan hati Iqbal.

Dalam pada itu, Iqbal berkata selama ini Vida tidak pernah menjelaskan kepada anak-anak mengapa mereka ingin berkahwin dan hanya membiarkan anak-anak memberontak sehingga timbul salah faham bahawa dia mahu mengikis harta.

Dakwa Iqbal lagi, selama ini dia sudah berkali memujuk anak-anak Vida namun dia dibiarkan sahaja seolah-olah dirinya yang terhegeh-hegeh mahukan usahawan tersebut dan mahu menumpang harta kekayaannya.

Sementara itu, dalam satu perkongsian lain, Iqbal berkata Cik B sudah pun memberikan kebenaran untuk dia berkahwin dengan Vida, namun meletakkan syarat dimana dia inginkan sebuah kereta jenis Mercedes Benz yang bernilai lebih RM1 juta.

Bagaimanapun, Iqbal berkata dia sudah terlalu kecewa kerana banyak perkara diputar beli sehingga menjatuhkan maruahnya.