Baru-baru ini pelakon Datin Intan Najuwa ada memuat naik video di TikTok sambutan hari lahir suaminya, Datuk Ahmad Asraf Azman.
Namun, diruangan komen ada pula netizen yang sibuk bertanya kenapa suami Intan sering dilihat berpeluh-peluh.
BACA: Intan Najuwa Tetap Sama Macam Dulu Walaupun Bergelar Datin
View this post on Instagram
Menjawab pertanyaan daripada netizen itu, Intan mengakui suaminya kuat berpeluh lebih-lebih lagi jika berada di tempat panas. Tidak hanya setakat itu, Intan turut menyindir pertanyaan netizen tersebut dianggap tidak cerdik.
Untuk rekod, Intan mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Asraf Azman yang juga seorang usahawan pada 18 Ogos lalu.