Pelakon Datin Intan Najuwa berkata dia sentiasa berhati-hati sebelum membuat sebarang pembelian barangan bagi mengelakkan dari membeli jenama yang diboikot.
Menerusi satu hantaran di TikTok, Intan memuat naik video melakukan unboxing barangan perkakas dapur dipercayai daripada jenama mewah antarabangsa.
BACA: Intan Najuwa, Suami Buat Solat Hajat Bersama Anak-Anak Tahfiz Untuk Pejuang GSF
Diruangan komen, ada netizen bertanyakan mengenai status jenama barangan tersebut dan Intan membalas dia sudah menyebak senarai jenama barangan diboikot terlebih dahulu.

“Saya sudah semak kedua-dua senarai boikot dan juga di laman web BDS Movement, tetapi jenama ini tidak tersenarai,” katanya.
Sementara itu, Intan berkata sekiranya jenama barangan tersebut termasuk dalam senarai boikot, dia akan mengambil tindakan sepatutnya.
“Tolong beritahu saya jika saya tersilap. Serius, kalau tersenarai, saya akan buang semua barang itu sekarang juga,” katanya.
Komen Intan itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang berkata jika sudah terbeli tidak perlu membuangnya dan rata-rata netizen mengesahkan jenama tersebut tiada dalam senarai diboikot.
