Intan Najuwa Berang Foto Posing Ketika Tunai Umrah Dipersoal
Selepas kontroversinya dengan Zul Ariffin, ada saja sahaja serba tak kena di mata netizen dengan apa yang dilakukan oleh Intan Najuwa. Terbaru, foto yang dikongsikan oleh Intan sedang menunaikan ibadah umrah menimbulkan rasa kurang senang netizen.
Foto tersebut memaparkan Intan ‘posing’ di sebuah lokasi di Mekah. Susulan itu, ada yang mempersoalkan niat sebenar pelakon itu menunaikan umrah. Tidak hanya berdiam diri, Intan bertindak menempelak netizen berkenaan dan meminta agar membersihkan hati.
BACA: Intan Najuwa Putus Tunang?
Intan berkata komen individu tersebut disifatkan sangat melampau dan busuk hati. Katanya lagi, apa sahaja niatnya hanya dirinya dan Allah sahaja yang tahu.
Bukan mudah bergelar selebriti, ada sahaja yang cuba mencari salah. Difahamkan Intan mengerjakan ibadah umrah bersama keluarga. Apa pun semoga Intan memperoleh Umrah mabrur dan dipermudah urusan.
- SUMBER
- mStar Online
Alahai setakat depa tangan pun tak bulihhh?? Sampai nak pertikai niat orang pergi umrah??? Tak takut ke perangai macam nak takeover kerja tuhan??
Aku x minat artis ni tapi it is her right to pose mcm tu je pun dan selagi dia x berbogel atau buat bnde haram. Nak mmbawang biar ada niat utk komen mmbina. Jgn main type aje.
Anyway, next!!
Aku tak minat dia gedik, kalau drama dia aku tak tengok psl cam cerita cinta budak 10tahun but…biarla dia…dah sampai pun dia disana…antara dia dgn Tuhan tak usah dipertikaikan keimanan dia
lol. posing camtu pon salah ke??
lucu laaa.. x dak benda nk komen diam dah laaaa…
apa yg salah dgn posing dia tu?
aku mmg tak suka dia ni.. tp yg kecam dia pose tu, mmg haprak tul. rasa ramai je posing kat sana skang, dan yg ni bukan melampau batas pun. spesis prasan terlebih mulia