fbpx

Intan Najuwa Sah Bergelar Isteri Dato’ Ahmad Azraf, Hantaran RM222,000

Pelakon Intan Najuwa sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Dato’ Ahmad Azraf dengan sekali lafaz pada jam 6.45 petang tadi.

Mantap! Kali Ini Siri HONOR 200: Flagship Estetik AI Lengkap Dengan Versi Pro Spesifikasi Flagship Lagi

Baru-baru ini Siri HONOR 200 telah dilancarkan secara rasmi, dan ini adalah kali pertama HONOR memperkenalkan versi Pro dalam siri N ke Malaysia. Jangan tak tahu, Siri HONOR 200 hadir dengan sistem tri-kamera 50MP standard, mod...

Baca Lagi

Memetik Media Hiburan, pasangan itu dinikahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Dato Dr Hj Nooh Gadot dalam majlis diadakan di sebuah resort di Pantai Desaru, Johor.

BACA: Imej Seksi Dikritik, Intan Najuwa Tak Terkesan Dengan Kecaman

Pada majlis itu, Intan menerima mas kahwin bernilai RM20,000 serta hantaran bernilai RM222,000. Difahamkan, angka 2 menjadi pilihan sebagai simbolik 2 tahun perkenalan mereka. Malah, pemilihan tarikh 18 Ogos merupakan tarikh kelahiran Intan Najuwa.

Kedua-dua pengantin cantik dan segak mengenakan busana pereka fesyen terkenal, Fizi Woo bernilai RM40,000 untuk majlis pernikahan tersebut.

Difahamkan, majlis resepsi kedua bertemakan tradisional bakal diadakan malam esok di Rimbunan Event Space, Johor Bahru.