fbpx

Imej Seksi Dikritik, Intan Najuwa Tak Terkesan Dengan Kecaman

Selepas pulang menunaikan umrah pada Januari lalu, penampilan pelakon Intan Najuwa menjadi perhatian apabila ada yang mengecam fotonya menampakkan bahagian perut ketika bercuti di Dubai.

Memetik Astro Gempak, Intan berkata dia sentiasa mengambil komen atau kritikan netizen sebagai nasihat untuk menjadikannya lebih baik.

BACA: Intan Najuwa Bertunang Lagi? Bakal Suami Berstatus Datuk

“Apa yang orang perkatakan itu, apa yang pengikut saya tegur, saya akan baca dan ambil perkara itu sebagai nasihat. Sekarang ini, saya dalam fasa perlahan-lahan.

“Siapa yang tak nak jadi lebih baik kan. Kita bangun-bangun tak kan rasa nak jadi orang jahat, tidak. Hari-hari kita mesti nak jadi orang lebih baik kan.

“Apa-apa pun, saya rasa doakan yang baik-baik, komen yang baik-baik sebab ia boleh berbalik kepada diri sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Intan berkata dia tidak terkesan dengan apa diperkatakan netizen dan sentiasa bahagia menjalani kehidupan.

“Buat masa sekarang, tak pernah lagi terkesan. Saya rasa apa yang mereka komen itu hanya pendapat masing-masing sahaja. Sebab itu saya selalu gembira sahaja, sebab perkara itu tidak beri kesan kepada saya,” katanya.