Intan Najuwa Labur RM40,000 Bina Sauna, Hadiah Hari Jadi Buat Suami

Pelakon Datin Intan Najuwa mengeluarkan belanja sebanyak RM40,000 membina sauna di kediamannya sempena ulang tahun kelahiran suami tercinta.

Menerusi satu perkongsian di Threads, Intan berkata dia mahu memberi hadiah yang bermanfaat buat suaminyanya yang bakal memasuki usia 41 tahun.

BACA: “Nantilah Sambung Balik” – Intan Najuwa Belum Tamat Pengajian Undang-Undang

“Tahun ini saya pilih nak bagi hadiah hari lahir yang tak mengarut sikit! Disebabkan dia bakal memasuki usia 41 tahun, jadi saya laburkan 40k untuk bina sauna di dalam rumah,” katanya.

Dalam pada itu, Intan turut menitipkan doa agar suaminya diberikan kesihatan yang baik dan dipanjangkan usia.

“Welcome to your health & wellness era. Semoga makin sihat, makin happy and panjang umur. Happy birthday in advance, husband!” tulisnya.

×