fbpx

Intan Najuwa Putus Tunang?

Ini bukanlah kali pertama gosip mengatakan hubungan Intan Najuwa dan tunangnya, Razrul Anwar Rulsi berantakan. Sebelum ini kecoh apabila Intan telah pun memadam beberapa keping fotonya bersama tunang dan hanya tinggal satu gambar sahaja.

Namun, baru-baru ini timbul spekulasi bahawa pasangan itu sudah putus tunang. Ada sumber mendakwa pertunangan Intan dan Razrul berakhir kerana perbezaan umur mereka 16 tahun dan kerjaya yang berbeza menjadi punca huubungan mereka bermasalah.

BACA: Intan Najuwa Merengek Takut Kena Suntik Jadi Perhatian

Bagaimanapun, Razrul menafikan dakwaan tersebut dan mengatakan hubungannya dengan Intan baik-baik sahaja. Malah Razrul juga tertanya-tanya siapakah yang membawa cerita tersebut.

“Siapalah bawa cerita. Tiada masalah antara saya dan tunang dan tiada sebab untuk saya beritahu perkara yang tidak benar mengenai dakwaan itu,” katanya kepada mStar Online.

Hasil pemerhatian, Intan masih menyimpan satu gambar mereka bersama di sebuah restoran namun tidak lagi mengikuti akaun Instagram tunangnya.