fbpx

Intan Ladyana Sedang Hamil?

Baru-baru ini, muncul sebuah video daripada netizen mendakwa pelakon yang juga isteri kepada pelakon muda Harris Alif iaitu Intan Ladyana dikatakan sedang berbadan dua.

Menerusi video tersebut, turut dikongsikan beberapa foto dan video dimana jelas kelihatan bentuk baby bump pada bahagian perut Intan.

BACA: Intan Ladyana Bengang Dituduh Bulan Madu Di Langkawi

Dalam video berkenaan, Intan yang mengenakan baju berwarna merah, jelas kelihatan bahagian perutnya sedikit buncit. Difahamkan, gambar berkenaan diambil sekitar Mei lalu.

Malah, baru-baru ini, Intan ada memuat naik video memaparkan dirinya dilihat menutup bahagian perutnya dengan bantal seolah menyembunyikan sesuatu.

Bagaimanapun, setakat ini masih tiada pengesahan rasmi daripada Intan atau Harris sendiri. Apa pun sama-sama kita nantikan. Intan dan Harris mendirikan rumah tangga pada 5 Februari lalu di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.