fbpx

Intan Ladyana Bengang Dituduh Bulan Madu Di Langkawi

Sedang hangat diperkatakan mengenai pasangan selebriti didakwa berbulan madu, kali ini pelakon Intan Ladyana pula dikatakan berbulan madu di Langkawi.

Ia selepas tular foto Intan bersama suami yang juga pelakon Harris Alif berada di restoran di Langkawi dikongsikan oleh seorang netizen di laman Twitter.

BACA: Intan Ladyana, Harris Alif Sedia Timang Cahaya Mata

Geram dengan tuduhan tersebut tanpa mengetahui perkara sebenar, Intan tampil menasihati individu tersebut supaya selidik dahulu sebelum membuat sesuatu kenyataan kerana bimbang boleh mengundang fitnah.

Intan berkata dia berada di Langkawi kerana sedang menjalani penggambaran drama dan membawa suami untuk menemaninya.

Difahamkan, Intan kini sedang menjalani penggambaran drama berjudul Hari Kita Jadi Cinta di Langkawi.

Intan Ladyana dan Harris Alif mendirikan rumah tangga pada 5 Februari lalu selepas beberapa bulan menjalin cinta.