fbpx

Intan Ladyana, Harris Alif Bulan Madu Dalam Rumah

Selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz di Pejabat Agama Islam Wilayah Kuala Lumpur sekitar pagi tadi, pelakon Harris Alif bersyukur majlis pernikahannya dengan Intan Ladyana berjalan lancar.

Rumah Terbuka Kardinal ‘IllumiRaya’ Membawa Transformasi Untuk Komuniti Kreatif Lokal!

Bila sebut Kardinal mesti korang ingat mengenai rokok alternative kan? Kardinal kini ingin menjadi salah satu brand yang menawarkan penyelesaian untuk membantu perokok tegar berhenti merokok. Bertempat di Boathouse By The Lake, Ampang Jaya pada...

Baca Lagi

Menurut Harris lagi, dia meluahkan rasa lega majlis nikahnya sudah pun selesai walaupun terpaksa menginjak tarikh pernikahan sehari awal daripada tarikh yang dirancang.

BACA: Intan Ladyana Sah Bergelar Isteri Harris Alif Dengan Sekali Lafaz

“Alhamdulillah saya rasa sangat bersyukur kerana dah selesai nikah walaupun umum kita tahu sekarang ini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP2.0) susah nak buat majlis,” katanya.

Akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan pasangan itu terpaksa menangguhkan percutian dan berbulan madu di rumah sahaja.

“Perasaan tentunya terasa sikit namun kena biasakan dengan norma baharu. Bila keadaan kembali seperti sedia kala barulah rancang untuk pergi, jadi buat masa ini duduk sahajalah di rumah,” katanya.

Mengikut perancangan awal, Intan dan Harris mendapat tajaan lebih RM13.5 juta untuk beberapa majlis termasuk malam berinai, majlis pernikahan, resepi dan majlis bertandang.