Intan Ladyana Sah Bergelar Isteri Harris Alif Dengan Sekali Lafaz

Tahniah kami ucapkan buat pelakon Intan Ladyana sah bergelar isteri kepada Harris Alif dengan sekali lafaz yang diadakan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan jam 10 pagi tadi.

Acara akad nikah pasangan itu disempurnakan Penolong Pengarah Jawi, Ustaz Muhammad Azlan Marukum selaku jurunikah dan juga wakil wali.

BACA: Intan Ladyana Berdebar Nikah Jumaat Ini

Pada majlis serba ringkas itu, Harris menyerahkan mas kahwin berupa set perhiasan barang kemas dan sebentuk cincin berlian.

Manakala barangan hantaran sembilan dulang daripada pihak pengantin perempuan bebalas tujuh dulang daripada pihak lelaki.