fbpx

Intan Ladyana Doakan Kebahagiaan Kamal Adli Dan Emma Maembong

Bekas kekasih, Kamal Adli iaitu Intan Ladyana berkata dia gembira dan positif tentang laporan media kini yang mengatakan hubungan Kamal Adli dan Emma Maembong dikatakan intim sejak kebelakangan ini — selain ada yang mengatakan mereka dalam fasa bercinta

“Bagus untuk dia (Kamal Adli) dan Emma, saya tumpang gembira akan hal ini. Kalau mereka bahagia saya pun bahagia jugalah. Saya akan sokong apa sahaja yang mereka rancang,” katanya ringkas ketika ditemui baru baru ini.

BACA: Jalani Kehidupan Seperti Biasa, Intan Ladyana Akui Masih Solo

Bagaimanapun, Intan turut menjelaskan bahawa dia sedang mengenali seseorang yang bukannya selebriti tetapi belum bersedia untuk mendedahkan hubungan itu.

“Saya sedang mengenali seseorang, dan Alhamdulillah dalam fasa bahagia tetapi orang itu bukanlah orang industri,” tambahnya lagi. (rtky/h)