fbpx

Intan Ladyana Kembali Solo?

Kisah percintaan yang tidak kesampaian antara pelakon Intan Ladyana dan Kamal Adli suatu ketika dahulu menjadi buah mulut di kalangan peminat industri tempatan sehinggakan Ada yang tidak boleh menerima mereka sudah tidak sehaluan lagi.

Nampaknya perkara tersebut tidak menjejaskan kedua-dua mereka ini apabila timbul gosip Intan sudah menemui penggantinya dan begitu juga dengan Kamal Adli yang digosipkan pula bercinta bersama pelakon Emma Maembong.

BACA: Intan Ladyana Nafi Dirinya Berubah, Sombong

Bagaimanapun Intan Ladyana menafikan yang dia kini sedang hangat bercinta dan mengatakan itu hanyalah gosip semata-mata.

“Kehidupan sekarang ini biasa sahaja. Buat masa ini belum ada jodoh lagi. Ada jodoh ke? Itu hanya gosip sahaja,” katanya bersahaja.

Dalam pada itu, Intan yang sekali lagi bergandingan bersama aktor kacak Farid Kamil dalam filem berjudul Abang Lejen menyatakan filem ini sedikit memberikan kelainan dan cabaran buat dirinya apabila terpaksa lipsync sambil menari. Selain itu terpaksa menggantungkan diri sehingga membuatkan perutnya terjerat.

“Kena lipsync sambil menari ala tamil sehingga mengambil satu hari penggambaran. Manakala yang lainnya saya terpaksa rigging iaitu tergantung di atas siling terlalu lama sehingga menjerat perut,” tambahnya. Filem Abang Lejen bakal ditayangkan pada 16 April ini. (rtky/hfz)