fbpx

Intan Ladyana Akui Boros Berbelanja, Fobia Untuk Kahwin Cepat

(Gambar: Intan Ladyana bersama Shaheizy Sam Pergi Memancing Ikan)

Kalau sudah bergelar selebriti, manakan tidak boros berbelanja. Malulah orang tengok pakai baju ulang tayang ‘kan?

Intan Ladyana yang kini sedang hangat bercinta dengan Kamal Adli (manusia bionik) mengakui diri beliau seorang yang boros.

Oleh kerana itu, berjimat cermat & menyimpan untuk masa hadapan merupakan sebahagian dari azam untuk tahun 2010 Intan Ladyana.

Kini, banyak perbelanjaan Intan Ladyana di’kawal oleh Kamal Adli. Mungkin jejaka kacak itu mahu Intan Ladyana berjimat untuk perkahwinan mereka.

Bercakap tentang perkahwinan, Intan Ladyana mengakui yang beliau fobia untuk berkahwin selepas ibu bapa beliau bercerai ketika beliau masih kecil.

“Apapun saya bersyukur kerana ibu cukup memahami dan tidak pernah mendesak saya dalam soal kahwin. Kakak saya juga berkahwin pada usia 27 tahun dan saya masih mempunyai masa sebelum mengikut jejak langkahnya itu.”

“Bagi saya, berkahwin itu biarlah sekali seumur hidup dan semoga ia berkekalan hingga ke akhir hayat,” kata Intan Ladyana kepada Harian Metro hari ini.