fbpx

Instagram Padam Akaun Nur Sajat?

Biarpun sering terpalit dengan kontroversi panas dan sering menjadi bahan kecaman netizen, namun populariti Nur Sajat boleh dikatakan mengalahkan selebriti. Pengikutnya di Instagram juga meningkat hari demi hari sehingga mencecah jutaan pengikut.

Bagaimanapun, lewat petang semalam akaun Instagram milik usahawan kosmetik itu yang menggunakan nama @nursajat23 tidak temui. Tidak dapat dipastikan sama ada akaun tersebut telah dinyahtifkan atau sebaliknya.

BACA: Komen Di Facebook Punca PA Sajat Serang Jurujual

Menerusi Instagram @makcik_puaka, akaun Nur Sajat dikatakan telah dipadam oleh pihak Instagram kerana didakwa gagal mematuhi panduan media sosial tersebut.

Turut disertakan gambar menunjukkan pihak Instagram menghantar notis pemberitahuan kepada mereka yang telah membuat aduan. Pihak Instagram turut memberitahu bahawa mereka telah memadam akaun Nur Sajat.

Perkongsian tersebut menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen. Namun, tidak dapat dipastikan sama ada benar atau tidak akaun tersebut itu telah dipadam oleh Instagram.