fbpx

Komen Di Facebook Punca PA Sajat Serang Jurujual

Gara-gara rakaman pembantu peribadi Nur Sajat menampar seorang wanita semalam tular, usahawan kosmetik itu tampil menjelaskan keadaan sebenar. Khabarnya pergaduhan itu bermula dengan komen di laman Facebook.

BACA: Pembantu Peribadi Sajat Serang & Tampar Pekerja Farmasi?

Menurut Sajat, pergaduhan itu berlaku selepas jurujual terbabit kerap meninggalkan komen mengutuk beliau dan mencabar untuk bertemu hingga membuatkan pembantu peribadinya, Sheryna berang lalu bertemunya di KLCC.

“Benda ni berlaku kerana perbualan di Facebook milik Sheryna. Jadi jurujual tu mengata saya dan dia bertanya ada masalah ke, lalu dia membalas anjing. Mestilah Sheryna marah. Saya tak kenal pun dia siapa”

“Saya pun tak tahu apa yang dia sakit hati sampai hari-hari kutuk saya. Itulah rakan kongsi saya marah sangat cara dia membalas komen dan jurujual itu kata kalau tak puas hati meh jumpa dia dekat KLCC”

Selain itu, Sajat yang tegas mempertahankan pembantu peribadinya berkata, jurujual itu sepatutnya tidak bersikap biadap seperti itu dan kejadian berlaku seolah buku bertembung dengan ruas. (rtky/w)