fbpx

Insiden Anak Petik Cili Bukan Punca Diana Danielle Minta Cerai

Pelakon Diana Danielle menafikan insiden ‘petik cili’ oleh anaknya, Nur Aurora di rumah jiran adalah punca dia mahu bercerai dengan suaminya, Farid Kamil.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Diana mendakwa dia memfailkan cerai dua hari sebelum insiden ‘petik cili’ dikatakan itu berlaku, malah suaminya meminta untuk percepatkan.

BACA: “Janganlah Heret Benda Kecil Seperti Petik Cili Ke Mahkamah” – Farid Kamil

“Siapa kata, insiden ‘petik cili’ adalah sebab saya minta cerai? Saya minta cerai dua hari sebelum insiden itu terjadi.

“Dia (Farid) tahu, bukan tak tahu. Saya beritahu dia mahu failkan perceraian. Dia kata, teruskan. Malah, dia minta dipercepatkan. Sekarang, bertindak seperti keliru pula?” tulisnya.

Menurut Diana lagi, tanggungjawab merupakan sebab berlaku shiqaq iaitu perbalahan yang berpanjangan antara mereka. Kata Diana lagi, Aurora juga masih takut untuk berjumpa dengan Farid.

“Tanggungjawab. Tanggungjawab adalah berlakunya shiqaq berpanjangan. Insiden ‘petik cili’ itu Aurora masih teringat sampai sekarang, dia takut nak berjumpanya. Awak nak saya paksa dia, hanya untuk gembirakan semua orang?

“Sebenarnya pagi ini, Muhammad ada bertanya sama ada dia boleh balik raya di Kedah, tapi apa Aurora cakap, dia kata ‘perlukah saya pergi?’

“Saya tidak takut. Aurora dah berusia lapan tahun. Dia boleh cakap apa yang dia fikir. Jika orang fikir saya mengajar dia cakap begitu, sampai bila? Dia pun ada perasaan dan dia ambil masa seminggu untuk berhenti menangis apabila kami menyebut namanya (Farid) dan insiden itu,” tulisnya.

Dalam pada itu, Diana berkata lagi jika kejadian yang berlaku itu dianggap kecil, Farid sepatutnya memberikan kerjasama kepada pihak polis yang datang ke rumah.

“Polis mengetuk pintu, tapi dia tidak membukanya. Mereka (polis) ketuk selama sejam, menunggu saya membawa anak-anak keluar dari pintu hadapan. Tapi, sebaliknya kami perlu memanjat keluar kerana dia enggan membuka pintu, kenapa? tulisnya.

Menerusi temu bual bersama Melodi, Farid meminta isterinya agar tidak memperbesarkan isu seperti anak mereka, Aurora yang memetik cili di rumah jiran hingga ke mahkamah.