“Janganlah Heret Benda Kecil Seperti Petik Cili Ke Mahkamah” – Farid Kamil
Pelakon Farid Kamil meminta isterinya Diana Danielle agar tidak memperbesarkan isu seperti anak mereka, Aurora yang memetik cili di rumah jiran hingga ke mahkamah.
Memetik Utusan, menerusi temu bual bersama Melodi, Farid berkata sebagai bapa dia menjalankan tanggungjawab menegur kesalahan anaknya dan tidak mengasaru mahupun memukul.
“Apa yang berlaku adalah Aurora masuk rumah jiran tanpa kebenaran dan petik cili. Saya cakap itu salah dan boleh dianggap mencuri.
“Saya tanya dia sama ada hendak rotan atau berdiri di tepi dinding. Aurora pilih berdiri di tepi dinding. Diana pun baru balik masa itu dan tak puas hati melihat denda yang berlaku,” katanya.
Menurut Farid lagi, dia turut mempersoalkan apakah dosanya serta meminta tidak perbesarkan hal tersebut yang hanya mengambil masa lama dan wang yang sangat banyak.
“Apa dosa besar saya buat? Janganlah heret benda kecil seperti petik cili ke mahkamah. Ia hanya akan mengambil masa dan kos yang sangat banyak.
“Benda kecil seperti ini tidak perlu dibesarkan. Cukuplah kesengsaraan yang saya alami sejak 2017. Sepatutnya, 2023 adalah tahun untuk kita memulakan kehidupan bersama semula.
“Saya rasa terhina sangat apabila diperlakukan seperti ini. Apa salah saya? Saya curang dengan perempuan lain ke? Saya buat apa? Apa dosa besar yang saya buat? Tolong jelaskan,” katanya.
Difahamkan, walaupun kecewa tidak dapat bertemu kedua-dua anaknya, namun Farid gembira dan bersyukur dibenarkan berjumpa dengan anak sulungnya, Muhammad.
- SUMBER
- Utusan Online
Aku suspek ini kes cabul lah .. Diana tak dapat sabar sampai terus minta cerai.
Ghafi, bulan puasa jangan fitnah dan buat spekulasi, rugi pahala puasa hari ni. Kesian.
Allah.., klu betul itulah puncanya anak trauma; & jadi punca si ibu sanggup pisahkan si anak dgn si ayah; di manalah salahnya si ayah kerana niatnya hanya utk beri pengajaran demi perkembangan sahsiahnya yg lebih baik dari segi hukum islam? Takkan nak tunggu rebung jadi buluh? Itu jam anak mungkin dah tak makan nasihat..
Teringat semasa viral kes DD peragakan pakaian agak seksi dlm majalah Esquire Malaysia dulu.., adakah kerana begitu takutnya FK nak menegur sehingga terserlah begitu beraninya DD beraksi seksi yg ber-bra & badan di tutupi bendera amerika? Lihatlah bila dia berani menegur salah si anak, begini nasib yg dia dapat..?
Ooo.. betul la farid buat tu. kalau anak buat salah kita mesti tegur/marah.. berdiri tepi dinding je pun.. sampai trauma anaknye ye..
Setuju dgn @ Si Kuntet
Banyak mak2 emosi teruk bila si ayah nak rotan mengajar. Bengap. Tengok kes Angelina Jolie sgup cerai dgn Brad Pitt. Couple hot sensasi tuee! Dosa besar lah kau Diana minta cerai bergegar tiang Arasy. Sebab itu bro cari bini ada ilmu agama sikit. Jgn pilih sexy jer buat bini.
Tak baik fitnah . Aku pun kdg² terkena dlm situasi mcm tu. Anak² bergaduh. Aku menjaga seharian sbb cuti. Aku mendidik dgn cakap denda ketuk ketampi sambil Aku pegang hanger .bini aku br balik. Fikir bukan² dan tarik muka ssh org pompuan ni
Kes ziana zain pun sama .
Suami rotan skit ajar anak mengaji tp mula anggap buruk
Ghafi, kalau mmg ada kes cabul, dh lama bertebaran police report tu di seantero Malaysia. Baik minta maaf kt FK tu