fbpx

Ramai penggiat industri sukan berhadapan dengan pelbagai kesulitan termasuk bebanan hutang, pemberhentian pekerja bahkan penutupan perniagaan seperti operator gimnasium serta pusat kecergasan akibat Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Sri Reezal Merican Naina Merican dalam satu kenyataan media berkata, KBS amat prihatin dengan masalah itu dan memperkenalkan tujuh Inisiatif Prihatin Belia Dan Sukan (IPBS).

Datuk Sri Reezal Merican Naina Merican

Malah, bagi memastikan kesemua inisiatif itu tercapai, KBS turut mewujudkan Sekretariat Prihatin Kementerian Belia dan Sukan (SPIKE).

SPIKE bertindak sebagai unit dan sekretariat khas di peringkat KBS yang akan mengendalikan semua inisiatif berkaitan belia dan sukan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) dan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) dan semua inisiatif dalaman di peringkat KBS.


Difahamkan, SPIKE akan memastikan penyelarasan, keseragaman, informasi, response time, dokumentasi serta syarat dan peraturan berkaitan keseluruhan inisiatif untuk membantu industri sukan menghadapi pandemik COVID-19.

Anda boleh menghubungi talian hotline 03-88713784, 03-88713585, 03-88713299, 03-88713391 dan e-mel [email protected] untuk maklumat lanjut.

Untuk info anda, bagi membantu belia dan penggiat sukan yang terjejas akibat pandemik COVID-19, antara tujuh IPBS yang diketengahkan adalah Geran Prihatin Industri Sukan (GPIS), Program MYVAC@SportsIndustry dan penawaran kursus berkenaan sukan secara percuma.

Inisiatif 1: Geran Prihatin Industri Sukan

Inisiatif 1 iaitu GPIS menyasarkan bantuan kepada pengusaha fasiliti sukan dan rekreasi komersial yang terjejas seperti yang diumumkan Perdana Menteri bagi pelan PEMULIH, menerusi geran berjumlah RM3,000 secara one-off.

Inisiatif 2: Moratium Bagi Pemain Industri Sukan

Peruntukan sebanyak RM18 juta disediakan dan boleh dimanfaatkan hampir 6,000 syarikat atau perniagaan berdaftar berkaitan industri sukan di dalam COVID-19 Intelligence Management System (CIMS).

Cadangan bantuan ini dikemukakan oleh KBS kepada Kementerian Kewangan sejak awal lagi dan diharapkan kesemua 6,000 pengusaha dapat menikmati GPIS.

Untuk permohonan GPIS, anda boleh buat permohonan mulai hari ini sehingga 31 Ogos 2021 melalui pautan gpis.kbs.gov.my.

Selain itu, KBS turut prihatin terhadap nasib pekerja dan penggiat industri sukan yang hilang mata pencarian, diberhentikan kerja dan cuti tanpa gaji disebabkan pandemik COVID-19.

Keprihatinan KBS ini dapat dilihat dalam Inisiatif 4 iaitu pengambilan sukarelawan melalui Program MYVAC@SportsIndustry dan untuk permulaan, sebanyak 1,000 slot dibuka buat pekerja industri sukan yang berdaftar dengan KBS atau MITI melalui sistem CIMS.

Inisiatif 4: Kuota MyVAC Khusu Untuk Pekerja Industri Sukan

Bukan itu saja, sukarelawan MYVAC@SportsIndustry juga akan menikmati kadar bayaran elaun sama seperti MYVAC yang lain, iaitu RM100 sehari jika bertugas dua sesi dengan anggaran 14 jam sehari.

Peruntukan sebanyak RM6 juta diberikan bagi pelaksanaan Inisiatif MYVAC@SportsIndustry ini.

Tidak kurang menariknya, Inisiatif 7 pula memberi tumpuan terhadap penggiat sukan dan orang ramai khususnya belia untuk mendapatkan peluang kursus berkaitan sukan secara percuma.

Inisiatif 7: Penawaran Kursus-kursus Berkaitan Sukan Secara Percuma

Banyak manfaat kursus yang anda boleh dapat, antaranya Coaching Foundation Programme; Communication Towards Professionalism in Sports; Program Bootcamp Golf Services; Sports Massage; dan pelbagai kursus atau latihan jangka pendek berkaitan sukan.

Kursus-kursus ini anda boleh dapatkan di institusi latihan di bawah KBS seperti Institut Sukan Negara (ISN) dan Institut Latihan dan Kemahiran Belia Sukan (ILKBS).

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kesemua inisiatif ini, anda boleh layari www.kbs.gov.my/ipbs atau hubungi SPIKE di talian 03-88713784, pada setiap Isnin hingga Jumaat bermula 8 pagi hingga 5 petang.

Inisiatif 3: Insentif Sewaan Fasiliti Sukan

Inisiatif 5: Skim Pembiayaan Industri Sukan (SPIS)

Semoga inisiatif-inisiatif tambahan diperkenalkan ini dapat memberi sedikit kelegaan kepada para penggiat industri sukan dalam menempuh saat-saat sukar ini.

Inisiatif 6: Program Vaksinasi Industri Sukan (SPORTIVAC)