fbpx

Ini Sebab Kenapa PUMA IGNITE Limitless Laku Keras!

Bukan mudah nak dapatkan PUMA IGNITE Limitless yang baru saja keluar baru baru baru ini. Bertuah sungguh siapa yang berjaya dapatkannya. Malah hampir semua store PUMA kehabisan stok!

Tapi jangan risau, jika anda bernasib baik, anda boleh tanyakan di bahagian komen Facebook PUMA Malaysia dan mereka akan membantu anda mendapatkan kasut di mana mana outlet yang masih ada saiz dan stok yang anda inginkan.

Bagi peminat setia jenama PUMA, sudah pastinya apa yang disenaraikan di bawah ini merupakan perkara utama yang menjadi sebab mereka mendapatkan PUMA IGNITE Limitless dan bagi mereka yang sudah berjaya dapatkannya ada kejutan untuk anda di akhir artikel!

1. Percaya Dengan Jenama PUMA

Jenama PUMA bukan baru bertapak sehari dua di kalangan peminat di Malaysia. Malah tak salah dikatakan nostalgia membuatkan peminat tidak pernah ketinggalan untuk mengikuti keluaran terbaru sneakers PUMA. Hanya peminat sejati faham erti PUMA.

2. Sangat Terhad

Bila berbicara tentang edisi terhad, pasti anda boleh bayangkan sendiri bahawa sesuatu produk itu tidak akan dikeluarkan lagi pada masa akan datang. Jadi inilah kekuatan PUMA IGNITE Limitless. Rugi siapa yang tak dapatkan sekarang, itu pun jika anda masih jumpalah.

3. Mendapat Sokongan & Kepercayaan The Weeknd

Kekuatan satu produk pastinya semakin mendapat kepercayaan jika ia turut disokong dan juga digunakan sendiri oleh barisan selebriti. Satu satunya sneakers yang mendapat perhatian The Weeknd ialah PUMA IGNITE Limitless dan kehadiran dalam jumlah yang terhad membuatkan ramai tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapatkannya!

Pada 24 Mac nanti (Jumaat) PUMA akan mengadakan sebuah parti – Run The Street dan anda mungkin berpeluang menjadi pemenang bertuah di antara 50 pasang tiket untuk ke acara ini melalui cara di bawah:

+ Dapatkan sneaker PUMA IGNITE Limitless
+ Bergambar dengan kasut tersebut dengan hashtag #RUNTHESTREETS #PUMAMY
+ Untuk peluang memenangi tiket, pastikan anda kreatif dan lain dari yang melalui penyertaan anda

Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk turut sama memenangi tiket yang ditawarkan. Follow terus Facebook PUMA Malaysia untuk tidak ketinggalan dengan update terkini daripada mereka!