fbpx

Ini Punca Ozlyn Mahu Lipat-Lipat Johan

Okay, sebelum anda terus melemparkan kecaman, adalah dimaklumkan apa yang dikatakan oleh Ozlyn kepada suaminya, Johan adalah dalam nada gurauan. Ini berpunca daripada tindakan Johan yang telah membeli sesuatu yang pastinya menjadi idaman setiap lelaki yang cintakan permainan video.

BACA: Johan & Ozlyn Selamat Timang Cahaya Mata

Jika anda mengikuti Instagram pasangan ini, anda pastinya tahu mengapa. Sebabnya Johan telah bertindak membeli sebuah mesin permainan video arked. Kepada sesiapa yang selalu pergi pusat hiburan keluarga dengan anak-anak, mesti perasan punya permainan arked ini.

“Aku rasa macam nak bagi penerajang dekat yang jual ni. Kat laki (suami) aku, malam ni tau la ko aku lipat-lipat! Ko ingat rumah aku muzium ke?,” luahnya di Insta Stories dengan nada bergurau.

Apa pun, bagus juga Johan beli mesin arked itu bukan? Sekurang-kurangnya Ozlyn tahu suami ada di depan mata dan tidak ke karaoke atau membuang masa di luar, sebaliknya bersama keluarga tercinta di rumah. (rtky/s)