fbpx

Ini Pemenang Cabaran Win A Booth Di Festival Putrajaya LIFT 2019

Ramai sebenarnya teruja apabila Festival Putrajaya LIFT 2019 membuat satu cabaran di media sosial yang membolehkan orang ramai memang sebuah tapak booth khas di festival paling gempak di Malaysia hujung tahun ini.

Cabaran Win A Booth in LIFT 2019 itu berlangsung dari 25 November sehingga 8 Disember 2019 yang lalu menyaksikan penyertaan daripada pelbagai lapisan masyarakat menerusi selebriti media sosial pilihan mereka.

Fasa pertama menyaksikan pertembungan antara Nabila Huda, Emma Shazleen dan Faizdickie dan fasa kedua cabaran ini menyaksikan Yusof Hashim (Ucop), Faz Barbie dan Santesh berentap untuk memberikan peminat mereka sebuah tapak di Festival Putrajaya LIFT 2019.

Gabungan dua selebriti dalam kategori The Showcase, The Fringe dan The Market menyaksikan ramai memilih Nabila Huda & Yusof Hashim (Ucop) sebagai gandingan paling banyak menerima LIKE dan komen di media sosial.

Lihat sahaja video yang dimuatnaik ke media sosial oleh Nabila Huda dan Ucop, tidak hairanlah mereka terima LIKE dan komen tertinggi daripada para peminat. Bertuahnya mereka berdua akan menerima satu booth di Pasar Glam dan satu Booth di Pasar Seni untuk diberikan kepada salah seorang peminat mereka.

The Market merupakan salah satu komponen penting yang akan berlangsung sejajar dengan Festival Putrajaya LIFT 2019. The Market akan menyaksikan ramai usahawan dan jenama tempatan mengambil bahagian menerusi lima segmen utama iaitu Pasar Glam, Pasar Seni, Pasar Tradisi, Pasar Botani dan Medan Makan.


Pasar Glam akan menyaksikan banyak barangan dari jenama tempatan dalam kategori gaya hidup, fesyen dan kecantikan. Pasar Seni pula akan mengetengahkan karya seni tempatan dan kraftangan tradisional juga moden. Pasar Tradisi akan mempamerkan pelbagai jenama dan produk herba juga ubat tradisional tempatan.

Pasar Botani membolehkan anda untuk teroka pokok hiasan unik dari pelbagai pilihan. Medan Makan pastinya bakal menyajikan pelbagai makanan tempatan dan antarabangsa menerusi food truck dan food stall yang tersedia.

Jadi jangan lupa untuk hadirkan diri anda ke festival paling gempak di Malaysia hujung tahun ini. Festival Putrajaya LIFT 2019 akan berlangsung pada 28 & 29 Disember 2019 ini di Precint 2, Putrajaya. Ayuh!