fbpx

Ini Masanya Untuk Anda Memiliki Kereta Hyundai Dengan Harga Berbaloi

Bagi anda yang belum mempunyai kereta sendiri dan berkeinginan untuk grab pengangkutan yang sangat diperlukan oleh semua orang, inilah masanya untuk anda membeli. Yang pastinya kami berani jamin ia sangat berbaloi. Barulah penutup 2019 anda kelihatan lebih gempak!

Lagi-lagi sekarang kereta jenama Hyundai sedang mengadakan promosi akhir tahun. Di mana, jika anda membeli kereta jenama ini anda akan dapat rebat wang tunai dan aksesori bernilai RM15,000. Takkan tak nak kan? Masa promosi inilah kena beli, kalau tidak melepaslah anda.

Tetapi tidak semua kereta jenama Hyundai mempunyai promosi, hanya keluaran tertentu sahaja. Nak tahu keluaran mana yang mempunyai promosi dan rebat wang tunai? Jom kita layan keluaran di bawah.

1. Elantra Keluaran Terkini

Bagi anda yang gemar reka bentuk sporty inilah kereta idaman yang perlu anda grab tahun ini. Mempunyai bentuk rekaan sedikit sport akan membuatkan gaya anda lebih terselah dengan light running daytime!

Yang paling menariknya, jika anda memilih Elantra keluaran terbaru ini, anda bakal mendapat rebat wang tunai dan aksesori bernilai RM15,000. Memang berbaloi habis jika Elantra ini menjadi idaman anda.

Mempunyai 7 sistem hiburan dengan skrin sentuh ini memboleh anda memandu sambil layan lagu-lagu yang dipasang menerusi Apple Carplay mahupun Android Auto.

Bukan itu sahaja, Elantra juga mempunyai 4 mod memandu yang membolehkan anda memilih mengikut citarasa dan keselesaan anda. Antara mod yang akan memberikan impak perjalanan yang selamat kepada anda adalah eco, normal, sukan dan pintar.

Mod pintar akan bertukar secara automatik antara ketiga-tiga mod bergantung kepada keadaan jalan raya dan pemanduan.

2. Tucson

Yang mempunyai keluarga yang besar kereta Hyundai keluaran Tucson ini memang sangat sesuai dengan anda sekaligus memberikan anda keselesaan yang luar biasa.

Dibekalkan dengan prestasi berkuasa Turbo GDi Engine 1.6 sangat sesuai untuk anda yang gemar tahap kelajuan yang maksimum. Bakal buat anda lebih teruja dengan kereta Hyundai keluaran Tucson ini adalah sistem tailgate smart power yang lebih awesome.

Sesuai untuk anda yang sentiasa ingin tampil bergaya semasa pemanduan. Jika Tucson pilihan hati anda, rebat wang tunai dan aksesori bernilai RM14,000 akan menjadi milik anda.

3. Ioniq

Dilengkapi dengan ciri keselamatan terkini Hyundai SmartSense, Hyundai Ioniq ini sangat sesuai untuk anda yang sentiasa sibuk dan banyak menghabiskan masa di jalan.

Ini semua adalah Hyundai Ioniq ini turut mempunyai sistem bahan api hibrida dan tenaga yang cekap untuk memastikan pergerakkan anda selamat dan selesa tanpa ragu-ragu. Boleh dikatakan pemacu purata bagi Hyundai Ioniq ini adalah 900-1000KM.

Lebih menarik lagi, Hyundai Ioniq ini dilengkapi dengan pengecasan telefon tanpa wayar. Jadi anda yang sentiasa sibuk dan kadang terlupa bawa power bank tu, inilah kereta yang patut anda miliki.

Siap dapat pakej aksesori bernilai RM10,000 dan rebat wang tunai lagi. Takkan tak mahu!

4. Hyundai Santa Fe

Menawan dan elegan itu yang mampu digambarkan dengan Hyundai Santa Fe. Mempunyai 7 tempat duduk premium SUV. Sudah semestinya apabila mempunyai tempat duduk yang selesa semasa pemanduan itu akan membuatkan anda lebih tenang untuk terus memandu ke destinasi. Tapi ingat jangan tertidur pula!

Hyundai Santa Fe ini dilengkapi dengan sistem Smart Power Tailgate, pengecasan telefon tanpa wayar dan pengesanan tempat buta yang bakal memudahkan kerja anda semasa pemanduan.

Lebih menarik lagi, Hyundai Santa Fe ini mempunyai tayar kenderaan dengan cengkaman yang kuat.

Semua kereta keluaran Hyundai ini dibina dengan Advance High Strength Steel dari kilang besi yang dimiliki oleh Hyundai sendiri. Ini membuatkan kereta anda lebih kuat dan selamat. Yang pastinya akan memberi perlindungan yang lebih baik kepada semua orang di dalamnya.

Jadi kepada anda yang inginkan kereta keluaran Hyundai menjadi milik anda, haruslah dapat masa promosi sebelum 31 Disember ini!